Liga Penalti Meru 2019, tarik 300 penyertaan

279621
279621
A
A
A

KLANG - Kejohanan Liga Penalti Terbuka Meru 2019, anjuran penuntut Sarjana Muda Separuh Masa, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mencapai matlamatnya apabila menarik kira-kira 300 penyertaan.

Pengarah Projek, Ahmad Arshad Sabri berkata, program yang dianjurkan pada hari ini, mendapat kerjasama daripada Institut Pendidikan Neo (iNED), Pusat Khidmat Masyarakat Meru dan Jawatankuasa Penduduk Meru, yang dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, di Padang Bola Sepak Taman Meru 4, Kapar, Klang Selangor.

“Tenyata daripada tiga aktiviti yang disediakan iaitu zumba, liga sepak penalti dan pertandingan mewarna, ia menarik kira-kira 300 penyertaan.

“Liga sepak penalti disertai 32 kumpulan,seramai 194 peserta, yang terdiri daripada komuniti setempat dan kawasan kejiranan.

“Kemudian pertandingan mewarna pula disertai seramai 25 kanak-kanak, manakala aktiviti zumba di awal pagi, disertai wanita sekitar Meru,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Ahmad Arshad, penganjuran itu adalah bagi memenuhi tuntutan tugasan bagi subjek Pengurusan Acara yang dijayakan 24 penuntut program itu bersama pensyarah fakulti.

“Ternyata program ini diatur mengikut cadangan dan berjaya mencapai objektif asal penganjurannya iaitu menjalin hubungan pihak luar serta melibatkan komuniti untuk bersukan.

“Pihak perasmi iaitu Ahli Majlis Perbandaran Klang, Abdul Razak Abdul Rashid turut berpuas hati dengan penganjuran majlis tersebut dan memberikan semangat untuk kami terus berjaya di masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pada akhir program, peserta yang berjaya di kejohanan sepak penalti, membawa pulang wang tunai RM500 dan medal bagi johan, tempat kedua RM300 bersama medal serta ketiga membawa pulang wang tunai RM150 dan medal.

“Kami turut mendapat tajaan empat buah basikal bagi cabutan bertuah hari ini (semalam) dan hamper untuk pertandingan mewarna,” katanya.