PM ucap takziah kepada keluarga Mohd Kamal

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menziarah keluarga Allahyarham pada Khamis. - Foto Awani
Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menziarah keluarga Allahyarham pada Khamis. - Foto Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.

Anwar dalam satu catatan di akaun Facebook berkata, Allahyarham merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," kata beliau yang menyifatkan pemergian Mohd Kamal meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mohd Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi. - Awani