Royale Chulan mahu cipta rekod MBOR

Nicole menyerahkan bendera Malaysia kepada peserta Malaysia yang menyertai kejohanan Stacking di Sepanyol. Turut kelihatan Leo Kuscher (empat dari kiri).
Nicole menyerahkan bendera Malaysia kepada peserta Malaysia yang menyertai kejohanan Stacking di Sepanyol. Turut kelihatan Leo Kuscher (empat dari kiri).
A
A
A

SEREMBAN - Royale Chulan Seremban akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara sukan susun cawan yang akan di adakan pada 29 September depan.

Program dengan kerjasama Persatuan Sukan Stacking Negeri Sembilan ini dijangka akan disertai lebih 1,000 peserta dan akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record, dengan penyertaan peserta ‘Keep Stacking’ teramai di Malaysia.

Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Leo Kuscher berkata, acara ini diadakan sempena menyambut kemeriahan Seremban yang bakal diiktiraf sebagai bandaraya pada tahun depan.

"Acara ini mendapat sokongan penuh Majlis Perbandaran Seremban dan Kementerian Pelancongan, yang amat mengalakkan penyertan daripada golongan belia negeri ini," katanya.

Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Steven Sim Chee Keong

Pada acara tersebut, turut ditampil persembahan istimewa daripada Pemegang Rekod Dunia WSSA 2018, Chin Kang Yu dan pemenang pingat perak Olimpik Junior 2016, Lim Xin Ee.

Mereka akan menunjukkan pergerakan mainan menyusun cawan ini, bagi menaikkan semangat peserta.

Peserta yang menyertai acara ini akan menerima sijil, sesi tandatangan dengan gambar-gambar juara.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis tersebut, Royale Chulan turut menyampaikan baju dan bendera Malaysia kepada dua peserta Negeri Sembilan yang mewakili Malaysia bagi kejohanan Stacking di Sepanyol, yang akan diketuai oleh Pengerusi Persatuan Sukan Stacking Negeri Sembilan, Brian Chin Lian Vooi pada minggu hadapan.