Penduduk belajar teknik mencegah, padam kebakaran

Shahrom (enam dari kiri) bergambar bersama peserta kursus inovasi bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Yan pada 19 dan 20 April lalu.
Shahrom (enam dari kiri) bergambar bersama peserta kursus inovasi bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Yan pada 19 dan 20 April lalu.
A
A
A

YAN - Seramai 19 penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jaya mengikuti kursus inovasi bomba yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Yan pada 19 dan 20 April lalu.

Pengerusi MPKK Yan Kechil, Shahrom Hassan berkata, kursus itu mendedahkan mengenai teknik mencegah dan memadam kebakaran.

Menurutnya, ia sangat penting bagi memastikan penduduk mempunyai kemahiran dan pengetahuan berkaitan kebakaran.

"Lazimnya, apabila berlaku kebakaran penduduk akan panik dan hanya mampu menghubungi pihak bomba.

"Jadi atas sebab itu kita adakan kursus seperti ini bagi membolehkan wakil penduduk yang berkemahiran dan berilmu dapat menangani situasi kecemasan," katanya.

Shahrom berkata, pihaknya sangat berharap dengan adanya kursus seperti ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya berlaku kecemasan.

Hadir sama merasmikan kursus berkenaan, Pegawai Tugas Khas kepada Menteri Besar Kedah merangkap Setiausaha Armada Kedah, Mohd Safuan Sabari.

Artikel Berkaitan: