Ahmad Fadhli lepaskan jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan

 Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari melepaskan jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan yang disandang sejak tiga penggal lalu.

Menurutnya, beliau memilih untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan, kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu.

“Dah enam tahun saya sandang tugas itu malah saya percaya Pas mempunyai senarai kepimpinan pemuda yang berkaliber.

“Jika dirujuk pada rekod terdahulu, jawatan itu biasanya dipegang tidak lebih dua penggal,” katanya.

Ahmad Fadhli berharap, kepimpinan baharu dapat meneruskan tradisi Pemuda Pas Kelantan menjadi angkatan hadapan dalam mempertahankan parti dan kerajaan negeri.

Ini kerana katanya, cabaran terbesar ialah memastikan agenda parti terus dilaksanakan menerusi pembangunan anak muda khususnya menjelang PRU15.

Semalam, Mohd Arif Abdullah diumumkan sebagai Ketua Pemuda Pas Kelantan yang baharu bagi menggantikan Ahmad Fadhli.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Pas negeri tahun lalu, menang selepas mengatasi Azren Mustapha.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Ketua pula dimenangi Hushaimi Husian, setelah mengatasi Mohd Kamal Muhamad.