TPM kutuk insiden keganasan di Sri Lanka

Dr Wan Azizah
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutuk insiden keganasan yang telah membunuh lebih 100 orang di Sri Lanka, hari ini.

Menurut beliau, perbuatan yang dilakukan ketika penganut Kristian sedang meraikan sambutan Hari Easter itu amat tidak wajar.

"Doa kami bersama Sri Lanka dalam tempoh yang sukar ini," katanya di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Puluhan maut dalam letupan di Sri Lanka

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan segera perlu diambil untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Doa kami bersama mangsa dan ahli keluarga yang terjejas dengan tragedi ini," katanya.

Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Colombo, Sri Lanka menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia