Pas tukar pendirian sesuka hati

Husam (duduk, tengah) pada sidang media Majlis Perlancaran Projek Penanaman Dan Pembahagian Peralatan Tanaman Halia Bara di PPK Tanjung Puri, hari ini.
Husam (duduk, tengah) pada sidang media Majlis Perlancaran Projek Penanaman Dan Pembahagian Peralatan Tanaman Halia Bara di PPK Tanjung Puri, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekiranya BN meletakkan calon bukan Islam di PRK Sandakan, Amanah Kelantan percaya, Pas akan menukar pendirian demi kelangsungan politik.

Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa berkata, ini membuktikan Pas merupakan sebuah parti politik sebagai mana parti lain di negara ini.

Menurutnya, Pas memainkan isu agama dan bukannya bertindak sebagaimana al-Quran dan hadis yang tetap.

“Pas boleh tukar pendirian, sesuka hati mereka, asalkan keputusan itu memberi kelebihan kepada parti, mereka akan ubah.

“Termasuklah menggunakan alasan parti pembangkang,” katanya, pada sidang media pada sidang media Majlis Perlancaran Projek Penanaman Dan Pembahagian Peralatan Tanaman Halia Bara di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri, hari ini.

Hadir sama Pengerusi PPK Tanjung Puri, Ismail Mat @ Mamat.

Husam berkata demikian selepas ditanya mengenai pendirian Pas yang menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dalam PRK Sandakan sekiranya BN meletakkan calon MCA.

Rabu lalu, Pas tidak meletakkan calon untuk PRK Parlimen Sandakan, Sabah yang akan diadakan pada 11 Mei depan

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan mereka akan memberi sokongan kepada wakil pembangkang yang akan meletakkan calon untuk menentang calon PH.