Polis buru lelaki berhadapan tiga pertuduhan pecah amanah

No Image Caption
A
A
A

SIBU - Polis Sarawak sedang menjejaki seorang lelaki yang dikehendaki bagi menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM192,000 di Kapit, tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, Rubin anak Banta, 35 gagal menghadirkan diri semasa pengurusan kes praperbicaraan di Mahkamah Sesyen Kapit pada Mac 2018.

“Waran tangkap terhadap tertuduh telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sibu pada 23 November 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mustafa Kamal, lelaki itu menghadapi pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan wang berjumlah RM192,101.47.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan JSJK ASP Princha Azin menerusi talian 019-8897640, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: