Puluhan maut dalam letupan di Sri Lanka

 Ambulans tiba di lokasi kejadian letupan di sebuah gereja di Kochchikade, Colombo.
Ambulans tiba di lokasi kejadian letupan di sebuah gereja di Kochchikade, Colombo.
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA . Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dalam beberapa siri letupan menyasarkan hotel dan gereja pada sambutan Hari Easter hari ini, kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Ledakan berlaku di tiga hotel mewah di ibu negara di mana sebuah gereja turut menjadi sasaran.

Dua gereja lain turut dibom, satu berhampiran Colombo dan satu lagi di timur negara itu, kata polis.

Laporan awal berkata, seramai 42 orang terbunuh dan beratus-ratus orang cedera.

Angka itu dijangka meningkat.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa terbunuh di Hotel Cinnamon Grand Colombo berhampiran kediaman rasmi perdana menteri di mana letupan itu berlaku di restoran, kata pegawai hotel kepada AFP.

Letupan pertama dilaporkan di Gereja St Anthony di Colombo dan St Sebastion di bandar Negombo di luar ibu negara.

Sekurang-kurangnya 160 orang cedera dalam letupan di St Anthony dan dimasukkan ke Hospital Nasional Colombo pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu polis pada awalnya mengatakan sebuah gereja di utara ibu kota dan di bandar Negombo di luar Colombo terlibat.

“Serangan bom di gereja kami. Sila datang dan bantu sekiranya keluarga anda berada di sana,” menurut satu kenyataan di Facebook Gereja St Sebastian di Katuwapitiya di Negombo. – AFP