Polis trafik pula diperiksa orang awam

Orang awam menahan motosikal polis
A
A

SHAH ALAM - Selepas kejadian orang awam menahan kereta peronda polis (MPV) dan memeriksanya pada hari mengundi PRK DUN Rantau, tular satu lagi video memaparkan insiden yang hampir sama.

Video yang tular di media sosial itu membabitkan sekumpulan orang awam dengan seorang anggota trafik bermotosikal di lokasi serta waktu insiden yang tidak dinyatakan.

Namun berdasarkan rakaman itu, insiden berlaku pada waktu malam dan rakaman klip video berdurasi 59 saat itu menunjukkan seorang anggota polis trafik bermotosikal ditahan sekumpulan lelaki untuk membuat pemeriksaan.

Dalam rakaman itu, anggota polis itu dilihat akur dengan desakan kumpulan lelaki terbabit yang memaksanya membuka tempat simpanan pada motosikal berkuasa tinggi berkenaan.

Anggota polis membuka tempat simpan barang di motosikalnya
Anggota polis membuka tempat simpan barang di motosikalnya

Kumpulan orang awam itu kemudiannya tidak menjumpai 'barang' disyaki yang dibawa oleh anggota polis berkenaan.

Dalam kejadian, pada 13 April lalu, sekumpulan penyokong sebuah parti politik menahan kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau.

Mereka bertindak demikian, dipercayai kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian.

Lima individu yang terlibat dalam insiden itu ditahan polis untuk siasatan kerana menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lagi suspek periksa MPV polis direman

ARTIKEL BERKAITAN:Periksa kereta polis tindakan biadab: Musa Hassan


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia