Reman DO dilanjut lagi sehari

Pegawai SPRM membawa suspek ke Mahkamah Majistret Kemaman bagi mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman.
Pegawai SPRM membawa suspek ke Mahkamah Majistret Kemaman bagi mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman.
A
A
A

KEMAMAN - Mahkamah Majistret di sini, hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap seorang pegawai daerah selama satu hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek yang memakai baju kemeja biru dan menutup muka dengan jaket itu tiba di Mahkamah Majistret kira-kira jam 9.30 pagi bersama pegawai SPRM.

Suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan di pejabatnya di Hulu Terengganu jam 12.40 tengah hari pada 15 April lalu selepas dipercayai menggunakan jawatannya untuk menawarkan projek bernilai RM266,349.18 kepada sekutunya.

Ekoran itu suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa dan tempoh tahanan reman itu berakhir hari ini.

Lelaki itu yang diwakili peguam dari firma guaman Ghazali Ismail & Co dan Hanif & Co dipercayai menyalahgunakan jawatannya membabitkan projek ubah suai kediaman di Kemaman pada tahun lalu ketika menjawat jawatan ketua sebuah agensi kerajaan negeri di daerah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai daerah direman enam hari

Artikel Berkaitan: