Seorang anggota pengaman PBB maut di Mali

Anggota pasukan Minusma mengadakan rondaan di sebuah kawasan di pinggir Bamako.
A
A

BAMAKO - MALI . Seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh manakala empat lagi cedera apabila periuk api meletup ketika konvoi mereka melalui tengah Mali, kata misi pengaman PBB ke negara itu.

Letupan itu mengenai sebahagian daripada pasukan pengaman PBB kontinjen Mesir hingga memaksa sempadan Burkina Faso ditutup, kata misi kestabilan PBB di Mali (Minusma).

Anggota pasukan pengaman yang terbunuh itu merupakan warga Mesir.

Menurut sumber pasukan keselamatan itu, seorang daripada penyerang turut terbunuh.

Ketua Minusma, Mahamat Salleh Annadif menyifatkan ia sebagai “serangan pengecut”.

Misi pengaman PBB ditubuhkan di Mali selepas kumpulan militan menguasai kawasan utara negara itu pada 2012.

Mereka dipaksa berundur pada 2013 oleh tentera Perancis.

Perjanjian damai ditandatangani pada 2015 oleh kerajaan Mali dan kumpulan bersenjata terbabit untuk mengembalikan kestabilan. Namun ia gagal menyekat keganasan. – AFP