Muhyiddin mengadap Sultan Johor

Kenderaan rasmi membawa Dr Sahruddin dan Muhyiddin tiba di hadapan Istana Pasir Pelangi di sini, tadi.
Kenderaan rasmi membawa Dr Sahruddin dan Muhyiddin tiba di hadapan Istana Pasir Pelangi di sini, tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba dan memasuki pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, jam 10.50 pagi.

Difahamkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan kepada Muhyiddin yang juga Pengerusi PH Johor untuk terima mengadap.

Turut kelihatan, kenderaan rasmi Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal memasuki perkarangan istana diikuti beberapa buah kenderaan lain.

Intipati pertemuan tersebut tidak diketahui, namun berkemungkinan untuk mempersembahkan senarai barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor bagi mendapatkan perkenan Tuanku.

Artikel Berkaitan: