Pulau Bidan mampu tarik pelancong

A
A
A

YAN - Pulau Bidan merupakan salah sebuah daripada beberapa gugusan kepulauan di daerah ini yang berlatar belakangkan Gunung Jerai.

Perjalanan ke Pulau Bidan mengambil masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.

Pulau Bidan terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan.

No Image Caption

Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.

Keindahan pulau ini dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong untuk bertandang ke kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Majlis Daerah Yan, Mohd Ridzwan Ahmad berkata, kewujudan pelbagai keindahan di Pulau Bidan perlu diketengahkan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Ridzwan berswafoto bersama ahli majlis Daerah Yan ketika lawatan ke Pulau Bidan, semalam.
Mohd Ridzwan berswafoto bersama ahli majlis Daerah Yan ketika lawatan ke Pulau Bidan, semalam.

"Ramai orang tahu kewujudan Pulau Bidan ini namun tidak ramai yang mengetahui keindahan serta kelebihan yang terdapat di pulau ini," katanya.

Menurut Mohd Ridzwan, pihaknya telah melawat Pulau Bidan bagi mengenal pasti potensi yang ada.

"Kita akan berusaha untuk memajukan sektor pelancongan di pulau ini terutama lokasi perkhemahan kerana sangat sesuai untuk program seperti itu," katanya.

Menurutnya, lokasi berkenaan sesuai untuk perkhemahan kerana terdapat banyak sumber air tawar.

Papan tanda arah yang terdapat di Pulau Bidan.
Papan tanda arah yang terdapat di Pulau Bidan.

Tambah Mohd Ridzwan, pihaknya akan membuat sedikit pembersihan dan infrastruktur seperti tandas dan surau.

"Namun begitu, tiada lagi idea untuk pembinaan chalet kerana kita mahu pelancong yang datang untuk bermalam di tanah besar Yan.

"Kita mahu ekonomi di pekan Yan juga meningkat bukan sahaja di kawasan pulau," katanya ketika dihubungi selepas pulang daripada lawatan ke pulau berkenaan, semalam.

Mohd Ridzwan berkata, pihaknya tidak mahu Yan menjadi seperti Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang hanya dijadikan lokasi letak kereta sahaja.

"Kita juga akan menyokong cadangan menjadikan Pulau Bidan sebagai lokasi taman laut. Cadangan ini membolehkan kita dapat menjaga hidupan laut dan memelihara pulau," katanya.

Mohd Ridzwan (tengah) bergambar bersama rombongan lawatan selepas acara gotong-royong membersihkan Pulau Bidan, semalam.
Mohd Ridzwan (tengah) bergambar bersama rombongan lawatan selepas acara gotong-royong membersihkan Pulau Bidan, semalam.

Tambah Mohd Ridzwan, di Pulau Bidan ini juga wujud satu-satunya singkapan batu kapur formasi mahang. Lapisan batu kapur ini hadir dalam bentuk kekanta berketebalan sekitar 60 meter di dalam batuan batu Lumpur yang berusia 480 juta tahun yang lampau.

"Fosil-fosil krinoid dan kemungkinan nautiloid berkerangka lurus yang ditemui menunjukkan enapan berlaku di laut lebih dalam. Geotapak ini mempunyai nilai saintifik bertaraf kebangsaan mewakili bahagian bawah jujukan formasi mahang.

"Atas sebab kesemua nilai inilah, kita akan pastikan kawasan berkenaan dipelihara dengan baik," katanya.

Papan tanda berkaitan batu kapur formasi mahang.
Papan tanda berkaitan batu kapur formasi mahang.