Budaya kopi tarik pelancong ke Perak

Howard Lee (tujuh, kiri) pada sidang media berkenaan.
Howard Lee (tujuh, kiri) pada sidang media berkenaan.
A
A
A

IPOH – Penganjuran Festival Kopi Ipoh (ICF) bulan hadapan, dilihat mampu menjadi satu tarikan pelancong dalam dan luar negara yang mahu menikmati keunikan ‘budaya kopi’ di Perak.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, penganjuran festival berkenaan dilihat mampu menjadi platform interaksi dalam kalangan pengusaha-pengusaha budaya kopi, terutamanya golongan belia.

“Untuk makluman, ini adalah kali pertama kerajaan negeri Perak bekerjasama dengan pemain indutri industri kopi tempatan untuk menganjurkan program budaya kopi berskala besar ini.

“Sempena program berkenaan, pengunjung bakal menikmati pelbagai jenis kopi tradisional dan moden termasuk pelbagai juadah enak di gerai-gerai yang disediakan,” katanya.

Howard Lee berkata demikian pada sidang media hari ini sempena penganjuran penganjuran festival ICF yang dijadualkan berlangsung di Kinta River Walk, 4 Mei depan.

Difahamkan, ICF turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung seperti pameran seni kopi, sesi pasangan kopi dan makanan, ceramah pengenalan budaya kopi serta program-program bengkel kraf kopi.

Sementara itu, menurut Howard Lee, pengunjung festival berkenaan berpeluang menyaksikan pertandingan Brewers Cup dan Latte Art Throwdown yang bakal menonjolkan kemahiran para barista dalam kalangan peserta.

Katanya, kedua-dua pertandingan ini menerima sambutan hangat sehingga melebihi jumlah pendaftaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Artikel Berkaitan:

“Disebabkan sambutan yang cukup hangat, kita telah pun membuat cabutan undi bagi menentukan senarai akhir peserta-pesrta yang akan beraksi nanti.

“Kita juga difahamkan hadiah berjumlah RM6,000 bakal dimenangi oleh peserta pertandingan berkenaan.

“Oleh itu kepada orang ramai khususnya penggemar kopi jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai ke festival ini nanti,” katanya.