Penolong Perkhidmatan Kesihatan cedera terkena bilah kipas

Berita mengenai jururawat tercedera yang menjadi tular di Laman Facebook, sejak malam tadi
Berita mengenai jururawat tercedera yang menjadi tular di Laman Facebook, sejak malam tadi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor mengesahkan seorang anggotanya cedera ketika menjalankan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai, baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, menurut daripada maklumat yang diterima, kejadian itu dilaporkan berlaku di bilik rawatan sekolah berkenaan pada Selasa lalu.

"Saya sudah dimaklumkan perkara ini, mangsa merupakan seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

"Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidaklah serius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar dan diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dr Selahuddeen berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila salah satu daripada bilah kipas siling dalam bilik rawatan berkenaan tercabut lalu terkena badan petugasnya itu.

"Dimaklumkan, keadaan kipas dalam bilik itu sudah usang, dan salah satu daripada bilahnya tercabut, bukan satu kipas jatuh dan hempap petugas ini seperti yang tular.

"Buat masa ini, pegawai saya juga sudah berjumpa mangsa, dan kita akan siasat kerana ia melibatkan keselamatan kakitangan kami," katanya.

Katanya, kes akan disiasat dan dirujuk mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, makluman mengenai keadaan petugas ini menjadi tular di laman sosial Facebook.