Polis Perak kenal pasti dahulu suara individu terlibat

Razarudin
Razarudin
A
A
A

IPOH - Polis Perak akan mengenal pasti terlebih dahulu suara individu terlibat sebelum memanggil mana-mana pihak bagi membantu siasatan terhadap rakaman video audio tular yang mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya perlu meneliti maklumat terbabit sebelum siasatan diteruskan memandangkan ia bukan kes jenayah.

"Kita belum lagi memanggil mana-mana individu kerana kita perlu siasat dahulu suara siapa yang ada dalam rakaman tersebut.

"Setakat ini satu laporan polis telah diterima daripada Armada Bersatu Perak, biar mereka sendiri putuskan (tindakan seterusnya) kerana ini melibatkan kes sivil dan bukan jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam rakaman audio berdurasi empat minit 22 saat yang tersebar dalam media sosial itu, seorang individu yang dikatakan Exco Kerajaan Perak berbincang dengan satu individu lain meluahkan rasa kurang senang dengan pentadbiran Ahmad Faizal selaku Menteri Besar Perak dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan: