Che Abdullah YDP Pas Tumpat baharu

Nik Zawawi (tengah) hadir merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tumpat kali ke-62 di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujoh.
Nik Zawawi (tengah) hadir merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tumpat kali ke-62 di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujoh.
A
A
A

TUMPAT - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Tumpat, hari ini.

YDP Pas Kawasan Tumpat yang baharu disandang oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.Manakala Timbalan YDP Pas Kawasan Tumpat diterajui oleh ADUN Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat.

Jawatan Naib YDP Pas Kawasan Tumpat disandang oleh Mohd Adanan Hassan yang merupakan ADUN Kelaboran.Pemilihan tiga jawatan sayap utama itu dibuat secara syura pada Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tumpat kali ke-62 di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujoh.

Ahmad berkata, sudah tiba masanya dia mengundur diri dan memberi laluan kepada kepimpinan baru Pas Kawasan Tumpat.

"Sudah 10 tahun saya memegang jawatan YDP Pas Kawasan Tumpat.

"Kita beri peluang kepada Datuk Che Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan YDP menerajui kepimpinan ini agar mereka ini (kepimpinan baru) lebih matang, lebih hebat," katanya merupakan ADUN Pasir Pekan.

Ahmad (kiri) melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Tumpat dan kini disandang oleh Che Abdullah
Ahmad (kiri) melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Tumpat dan kini disandang oleh Che Abdullah

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tumpat kali ke-62 yang dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Nik Salleh.Jawatan Che Abdullah sebelum ini adalah Timbalan YDP, Wan Roslan pula memegang jawatan Naib YDP manakala Mohd Adanan sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.

Artikel Berkaitan:

Ahmad berkata, dia yakin orang yang menggantikan tempatnya mampu menjalankan tugas dengan baik."Gabungan ketiga-tiga kepimpinan itu merupakan wakil rakyat di setiap Dun dan Parlimen Tumpat menjadikan Pas Kawasan Tumpat lebih kuat.

"Saya sebelum ini hanya mengemudi Pas Kawasan Tumpat tetapi kuatnya Pas Kawasan Tumpat disebabkan oleh kepimpinan bawah, pimpinan lantikan politik, muslimat dan Pemuda Pas," katanya.