X

Kindly register in order to view this article
!

Pelayar buta Jepun berjaya merentasi Lautan Pasifik

Pelayar buta Jepun, Mitsuhiro Iwamoto (kiri) yang dibantu penunjuk arah, Doug Smith berjaya merentasi Lautan Pasifik tanpa henti selama dua bulan.
A
A

TOKYO - JEPUN . Pelayar Jepun yang juga cacat penglihatan, Mitsuhiro Iwamoto melengkapkan pelayaran tanpa henti merentasi Lautan Pasifik, hari ini.

Lapor media tempatan, Iwamoto menjadi individu buta pertama mengemudi kapal di lautan luas.

Iwamoto tiba di sebuah pelabuhan di Fukushima dengan kapal layar sepanjang 12 meter awal hari ini, kira-kira dua bulan selepas belayar dari California, Amerika Syarikat (AS).

Iwamoto, 52, yang menetap di San Diego memulakan pelayarannya pada 24 Februari lalu sambil ditemani seorang penunjuk arah warga AS, Doug Smith.

Ini adalah percubaan kali kedua selepas percubaan pertamanya gagal enam tahun lalu, disebabkan kapal layarnya karam akibat terlanggar ikan paus.

Iwamoto hilang penglihatan ketika berusia 16 tahun. Beliau melakukan pelayaran itu untuk mengumpul dana bagi badan kebajikan. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!