11 ditahan ketika leka berjudi

Premis judi di Kuchai Avaneu Enterprenues Park diserbu, malam tadi.
Premis judi di Kuchai Avaneu Enterprenues Park diserbu, malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 kaki judi warga tempatan yang leka berjudi tidak sempat melarikan diri apabila lokasi perjudian mereka di Kuchai Avaneu Enterprenues Park diserbu polis di sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 10.30 malam itu, tujuh warga asing turut ditahan yang bekerja sebagai penjaga premis dan terlibat dengan perjudian berkenaan. Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan dilakukan polis Bahagian Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur susulan daripada maklumat awam dan risikan yang dilakukan pihaknya.

Menurutnya, seramai 18 individu ditahan dan pelbagai barang perjudian disita. "Antara disita adalah 23 komputer rima dan wang RM505 dipercayai wang perjudian. "Polis kini sedang memburu seorang lagi individu dipercayai pengurus premis yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohazah berkata, berdasarkan siasatan, premis ini baru seminggu beroperasi dan menerima pelanggan 24 jam sehari serta hanya menerima pelanggan tetap.

"Pengusaha premis haram ini juga dikatakan menawarkan gaji sekitar RM1,400 sebulan.

"Modus operandi kegiatan judi mereka adalah kaki judi perlu membayar tunai kepada penjaga kaunter sebelum berjudi. "Kemudian alat pertaruhan akan dimasukkan ke dalam sistem atas talian yang kemudiannya dikreditkan dalam mata wang ringgit," katanya.

Artikel Berkaitan: