ADUN Kota Laksamana kesal insiden masjid disimbah cat

Chee Leong ketika melihat pintu Masjid Tengkera yang dicemari dengan simbahan cat bewarna ungu.
Chee Leong ketika melihat pintu Masjid Tengkera yang dicemari dengan simbahan cat bewarna ungu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - ADUN Kota Laksamana kesal dan melahirkan rasa terkilan apabila insiden simbah cat berlaku dalam kawasan itu.

Low Chee Leong berkata, lebih menyedihkan, apabila kejadian itu berlaku di masjid yang merupakan tempat ibadat bagi orang beragama Islam.

Menurutnya, beliau berjanji untuk memberikan sumbangan kepada pengurusan masjid bagi memulihkan semula pintu hadapan masjid terbabit yang telah dicemari dengan simbahan cat ungu demi memastikan warisan dan seni bina bangunan masjid yang berusia 600 tahun itu kekal terpelihara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki disyaki simbah cat Masjid Tengkera ditahan]

"Saya harap komuniti setempat dapat memainkan peranan dan sentiasa berjaga-jaga supaya tempat-tempat serta ruang ibadah dijaga dengan baik.

Rakaman video mengenai lelaki terbabit yang bertindak menyimbah cat dipercayai sebelum jemaah menunaikan solat subuh.
Rakaman video mengenai lelaki terbabit yang bertindak menyimbah cat dipercayai sebelum jemaah menunaikan solat subuh.

"Saya begitu kesal dan sewajarnya kes sedemikian tidak berlaku dan berulang lagi, semua pihak juga perlu memandang serius kes-kes khianat seperti itu," katanya selepas membuat lawatan di masjid berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan polis yang berjaya menahan suspek dalam tempoh singkat merupakan satu kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewujudkan Pegawai Perhubungan Masjid menerusi satu masjid satu anggota polis.

Artikel Berkaitan:

Semalam Sinar Harian menyiarkan Masjid Tengkera disimbah cat oleh seorang lelaki berusia 39 tahun sebelum solat subuh dan inidvidu itu telah ditahan polis tidak jauh dari masjid berkenaan kira-kira jam 9 pagi.