Jururawat kejam dipenjara seumur hidup

Bonino itu dituduh memberi ubat pencair darah dalam dos tinggi kepada pesakit unit rawatan rapi di sebuah hospital di bandar Piombino di Tuscany antara Januari 2014 dan September 2015.
Bonino itu dituduh memberi ubat pencair darah dalam dos tinggi kepada pesakit unit rawatan rapi di sebuah hospital di bandar Piombino di Tuscany antara Januari 2014 dan September 2015.
A
A
A

ROM - ITALI. Seorang jururawat yang juga pembunuh bersiri di Itali dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam selepas disabit bersalah membunuh empat pesakit.

Namun, polis percaya Fausta Bonino bertanggungjawab terhadap hampir 10 kematian.

Penyiasat percaya kesemua mangsa meninggal dunia selepas diberi dadah jenis Eparina dalam dos tinggi.

Bonino, 56, membantah keputusan itu dan mendakwa tidak bersalah atas kesalahan membunuh.

Peguamnya berkata tertuduh akan membuat rayuan.

Tertuduh ditangkap pada 2016 selepas semakan semula kematian tidak normal di hospital itu yang mengesahkan dia adalah satu-satunya kakitangan terlibat dalam setiap kes. - AFP

Artikel Berkaitan: