Suami isteri dera 12 anak dihukum penjara 25 tahun

David Allen Turpin, 57, dan isterinya, Louise Anna Turpin, 50, mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan jenayah termasuk kekejaman, mengurung secara salah, penderaan dan penyeksaan anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 30 tahun.

A
A
A

RIVERSIDE - AMERIKA SYARIKAT. Pasangan suami isteri dari California dipenjara sekurang-kurangnya 25 tahun semalam, selepas mengaku bersalah mengurung dan menyeksa 12 daripada 13 anak mereka dalam kes mengejutkan dunia tahun lalu.

David Allen Turpin, 57, dan isterinya, Louise Anna Turpin, 50, mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan jenayah termasuk kekejaman, mengurung secara salah, penderaan dan penyeksaan anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 30 tahun.

Dalam pendengaran yang menyentuh emosi, beberapa anaknya mengakui masih menyayangi ibu bapa mereka yang berasal dari Perris di Riverside County, Los Angeles.

“Saya tidak pernah berniat memudaratkan anak-anak saya,” kata David Turpin kepada mahkamah di bandar Riverside.

Kes itu terbongkar selepas salah seorang daripada mangsa berjaya melarikan diri melalui tingkap dari rumah pasangan itu, sebelum menghubungi talian kecemasan.

Berdasarkan rakaman panggilan yang didedahkan semasa prosiding mahkamah, mangsa memberitahu dua daripada adik-beradiknya dirantai pada katil sehingga tangan mereka lebam selain berdepan kesukaran untuk memberitahu alamat rumah.

“Saya tidak pernah keluar. Saya tidak selalu keluar,” kata remaja perempuan itu semasa membuat panggilan tersebut.

Mangsa memberitahu pegawai kecemasan bahawa tempat mereka dikurung terlalu kotor sehingga menyebabkan sesak nafas, selain dia dan adik beradik-beradiknya tidak mandi.

Artikel Berkaitan:

“Mereka merantai kami jika melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Kadang-kala, adik beradik perempuan saya bangun dan mula menangis (kerana kesakitan)," katanya.

Sejak diselamatkan, anak pasangan itu berada di bawah penjagaan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan dewasa.

Di bawah undang-undang California, pasangan suami isteri itu layak memperoleh parol dalam tempoh 25 tahun kerana faktor usia mereka. – AFP