Banjir mulai surut

banjir
banjir
A
A
A

KUALA SELANGOR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan mulai menurun apabila kawasan terjejas mulai surut sepenuhnya.

Jumlah mangsa banjir melibatkan 169 orang daripada 52 keluarga yang dipindahkan sebelum ini menurun kepada 101 orang melibatkan 26 keluarga selepas mereka dibenarkan pulang secara berperingkat sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, paras air dilaporkan mulai surut sedikit manakala cuaca di pusat pemindahan baik.

“Ada beberapa keluarga dibenarkan pulang selepas rumah mereka disahkan selamat bagaimanapun masih ada lagi kawasan di Kampung Asahan yang masih belum surut sepenuhnya.

“Sementara itu, satu pusat pemindahan banjir dibuka di SK Seri Gambut, Tanjong Karang selepas satu keluarga melibatkan tujuh mangsa dipindahkan berikutan rumah dinaiki air di Blok B Sawah Sempadan.

“Pasangan suami isteri bersama lima anaknya termasuk seorang bayi mula dipindahkan pada 10 Disember lalu pada jam 3petang selepas kawasan rumah mereka dinaiki air,” katanya.

Artikel Berkaitan: