Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori tanah
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori tanah
A
A
A

RAWANG - Seorang penunggang motosikal maut terperosok di bawah muatan lori tanah dalam satu kemalangan di Kilometer 9.7 Lebuhraya Guthrie dari Rawang menghala ke Shah Alam di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 1.43 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah lori tanah.

“Penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an merempuh sebuah lori tanah menyebabkan mangsa tersepit di bahagian belakang lori.

“Anggota bomba berjaya keluarkan mangsa namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, identiti mangsa tidak diperoleh berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Artikel Berkaitan: