'Pelan projek ECRL tak lengkap'

Abdul Rashid (tengah) melihat piala yang dipertandingkan dalam Kejohanan Futsal Piala Tan Sri Abdul Rashid di KB Futsal Arena, Padang Tembak hari ini.
Abdul Rashid (tengah) melihat piala yang dipertandingkan dalam Kejohanan Futsal Piala Tan Sri Abdul Rashid di KB Futsal Arena, Padang Tembak hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – “Siapa yang buat pelan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga Kota Bharu sahaja, ia tidak lengkap,” kata Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau berkata, bukan sahaja tidak memenuhi kehendak sebagaimana rancangan asal, pelan projek itu juga tidak adil kepada rakyat di negeri ini.Menurutnya, beliau menyokong jika jajaran ECRL diteruskan sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.Ini katanya, dapat memangkin ekonomi kerana bukan sahaja memperoleh keuntungan dari aspek bilangan penumpang malah aktiviti perniagaan serta perkilangan.

“Saya belum dapat maklumat terperinci mengenai kemajuan ECRL di negeri ini, tapi saya harap ia tidak meminggirkan Tumpat.

“Sebaiknya projek ini tidak melibat fasa, buat sekali gus, lebih menjimatkan kos,” katanya pada sidang media Kejohanan Futsal Piala Tan Sri Abdul Rashid di KB Futsal Arena, Padang Tembak hari ini.Jumaat minggu lalu, projek ECRL yang tergantung sejak Julai 2018 diumumkan akan disambung semula dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion bagi fasa 1 dan 2.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kos asal dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion itu berjaya dikurangkan setelah Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd sepakat memeterai satu perjanjian tambahan.

Ia mengundang kenyataan balas daripada kerajaan negeri apabila bersedia untuk berunding agar jajaran ECRL diteruskan sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tanpa keputusan itu, ia akan menjejaskan perancangan kerajaan untuk membangunkan daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan: