X

Kindly register in order to view this article
!

Kim Kardashian buat tutorial guna sinki tandas

Kim Kardashian
A
A

TANDA tanya dan kekeliruan peminat Kim Kardashian tentang bagaimana sinki di rumah baharunya berfungsi terjawab setelah artis wanita itu membuat video tutorial cara penggunaannya.

Menurut Kim, fungsi sinki di rumahnya sama seperti sinki lain di mana terdapat lubang saluran air terus ke longkang dan rekaan yang agak condong.

“Rekaan sinki itu dicipta oleh Kanye West (suami Kim). Terdapat lapan versi protataip sinki ini telah dibuat,” katanya menerusi entri di Instagram.

Sinki yang menimbulkan persoalan di kalangan pengikit Kim. - Foto Instagram Kim Kardashian
Sinki yang menimbulkan persoalan di kalangan pengikit Kim. - Foto Instagram Kim Kardashian

Rata-rata peminat bintang realtiti tv tersebut keliru selepas dia menunjukkan kediaman mewahnya menerusi Vouge 73 Questions, minggu lalu, yang menampilkan sinki bilik mandi moden tanpa saluran air.

Kediaman berkonsepkan minimalis di Hidden Hills itu direka oleh Alex Vervoordt dan mengambil masa beberapa tahun untuk dibina. - Daily Mail


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus