Malu: As’ad minta maaf dengan peminat

 As’ad Motawh
As’ad Motawh
A
A
A

PENYANYI remaja, As’ad Motawh, 18, tampil memohon maaf dengan semua peminatnya menerusi akaun Twitter.

Menurut penyanyi popular itu, video muzik lagu terbaharu berjudul Warna sepatutnya sudah diterbitkan sekitar jam 9 malam, semalam di YouTube.

“Kepada ahli keluarga saya (Asadious) saya betul-betul minta maaf atas segala kesulitan yang terjadi.

“Maaf atas kelewatan meskipun, masih lagi berlaku.

“Pihak pengurusan dan team saya sekarang ini sedang menjalankan sehabis baik mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Kami minta maaf sangat dan saya betul-betul rasa malu fasal apa yang terjadi,” pohon penyanyi Senyum itu.

Hasil tinjaun Sinar Harian di ruang komen Twitter milik penyanyi kesayangan ramai itu, rata-rata menerima permohonan maafnya dan masih lagi bersabar.

Artikel Berkaitan: