Cuba cabul pemandu Grab, dua warga Nepal cedera dibelasah

Dua lelaki warga Nepal cedera dipukul orang ramai selepas cuba mencabul seorang pemandu Grab wanita, petang semalam.
Dua lelaki warga Nepal cedera dipukul orang ramai selepas cuba mencabul seorang pemandu Grab wanita, petang semalam.
A
A
A
BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga Nepal menerima padah apabila dibelasah orang ramai selepas didakwa cuba mencabul seorang pemandu Grab wanita dalam kejadian di Jalan Song Bang Kheng di sini petang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun itu menaiki kereta mangsa dari Jalan Stesen Bukit Mertajam dan mahu ke Taman Juru di sini.

Ketika dalam perjalanan, salah seorang suspek yang duduk dibahagian belakang bertindak melangkah ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan, pemandu berusia 27 tahun itu menghentikan kereta dan mengarahkan lelaki itu beralih ke tempat duduk belakang.

Namun, permintaan wanita itu tidak dilayan lalu wanita terbabit meneruskan perjalanan hingga ke Jalan Betik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki terbabit bertindak menarik tangan wanita itu sebelum menciumnya.

"Kejadian berkenaan berulang dua kali dan mangsa beri amaran akan menghantar kedua-dua lelaki itu ke balai polis.

"Selepas memberi arahan itu, rakannya yang duduk di tempat duduk belakang muntah. Suspek kemudiannya bertindak lebih agresif dengan menarik badan wanita itu dengan kuat untuk memeluknya,"katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, cemas dengan situasi itu takut wanita berkenaan memberhentikan keretanya di Jalan Bukit Minyak sebelum meminta bantuan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.
Artikel Berkaitan:


Kedua-dua lelaki warga Nepal itu bagaimanapun mengalami kecederaan akibat dibelasah sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.