Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, meriah penuh kesederhanaan

Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie -FOTO: ISTANA KELANTAN
Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie -FOTO: ISTANA KELANTAN
A
A
A

KOTA BHARU - Istiadat majlis perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra bersama Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung dengan penuh sederhana, malam tadi.

Cik Puan Sofie Louise Johansson cantik mengenakan persalinan serba putih selepas upacara akad nikah di di Istana Balai Besar, malam tadi. FOTO: ISTANA KELANTAN
Cik Puan Sofie Louise Johansson cantik mengenakan persalinan serba putih selepas upacara akad nikah di di Istana Balai Besar, malam tadi. FOTO: ISTANA KELANTAN

Pasangan mempelai mengenakan persalinan serba putih ketika upacara akad nikah di Istana Balai Besar. Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Pasangan pengantin bergambar bersama keluarga pengantin perempuan di Istana Balai Besar, malam tadi.
FOTO: ISTANA KELANTAN
Pasangan pengantin bergambar bersama keluarga pengantin perempuan di Istana Balai Besar, malam tadi. FOTO: ISTANA KELANTAN

Sinar Harian difahamkan, lebih 300 ahli keluarga kerabat dan kenalan rapat sahaja diundang bagi memeriahkan majlis perkahwinan tertutup itu. Cik Puan Sofie, 33, ialah warga Sweden yang juga kenalan lama Tengku Muhammad Fa-Iz.

Artikel Berkaitan:

Upacara memotong kek oleh kedua-dua pasangan di Istana Balai Besar, malam tadi.
FOTO: ISTANA KELANTAN
Upacara memotong kek oleh kedua-dua pasangan di Istana Balai Besar, malam tadi. FOTO: ISTANA KELANTAN

ARTIKEL BERKAITAN :Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie



ARTIKEL BERKAITAN :Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin