Hujan lebat berterusan, Kuantan mula banjir

No Image Caption
A
A
A
KUANTAN – Hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan kawasan rendah di daerah ini mula dinaiki air dengan lima sekeluarga dari Kampung Baru Cherating menjadi mangsa pertama dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata kelima-lima mereka terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan dua kanak-kanak perempuan, dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Cherating pada jam 9 pagi ini.

“Rumah mangsa terletak berhampiran kawasan paya menyebabkan air dari paya melimpah dan membanjiri kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Ia melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah). - Bernama
Artikel Berkaitan: