‘Kerajaan perlu bantu kami, generasi akan datang’

Loy Sian (dua kanan) berkesempatan bertemu penduduk Kampung Jenjarom di Kuala Langat, semalam.
Loy Sian (dua kanan) berkesempatan bertemu penduduk Kampung Jenjarom di Kuala Langat, semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Penduduk di Kampung Jenjarom, Kuala Langat sanggup berpanas dan berdemo lebih sejam memegang helaian kertas amaran, rayuan kepada kerajaan bagi membantu memindahkan operasi kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di hadapan kilang berkenaan.

Jeritan berulang kali bantahan penduduk supaya kilang berkenaan dipindahkan operasinya ke tempat lain diselang-selikan dengan jeritan rayuan kerajaan bantu kami penduduk kampung.

Menurut seorang penduduk, Sarmiah Panita, 63, selepas mengetahui berlakunya pencemaran plumbum oleh kilang berkenaan, dia menasihatkan anaknya supaya tidak kerap pulang ke kampung menjenguknya.

Sarmiah Panita
Sarmiah Panita

“Dulu saya tak tahu pun kesan toksik dan logam berat macam ni. Lepas apa yang berlaku di Sungai Kim Kim (Johor), saya jadi bimbang dengan nasib dua cucu saya yang masih kecil empat tahun dan lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Plumbum ancam penduduk Jenjarom

Pakar beri amaran bahaya plumbum

NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana

Artikel Berkaitan:

“Takut juga sebab plumbum ni boleh merencatkan perkembangan otak kanak-kanak. Jadi saya tak bagi mereka balik selalu walaupun duduk dekat sahaja,” katanya yang menetap kurang 200 meter daripada lokasi kilang berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Dahlia Tahiri, 56, walaupun kediamannya terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan kilang berkenaan, dia masih menyertai bantahan penduduk demi masa depan serta nasib penduduk kampung berkenaan.

Dahlia
Dahlia

“Mencegah lebih elok daripada mengubati. Mesti bersemangat untuk mencegah kewujudan aktiviti kilang industri berat yang seharusnya beroperasi jauh dari penduduk kampung. “Kalau boleh keluarlah dari Kampung Jenjarom ni, merbahaya buat penduduk terutamanya kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Menurutnya, dia juga sering mendengar aduan penduduk yang mengalami masalah pernafasan, batuk serta sengal-sengal di bahagian anggota badan.