Syarikat swasta digalak jalankan lebih banyak CSR

Wan Mashitah (kiri) pada sidang media di sini, hari ini.
Wan Mashitah (kiri) pada sidang media di sini, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Syarikat-syarikat swasta di sekitar Pasir Gudang digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti di sini.

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkata, aktiviti seumpama itu memanfaatkan penduduk sekitar Pasir Gudang.

"Saya memang menggalakkan kilang-kilang dan sektor swasta di Pasir Gudang ini untuk bekerjasama dengan kerajaan, yayasan atau agensi lain menjalankan aktiviti CSR.

"Memberi kepada orang lain, barangan di rumah yang mungkin sudah tidak dipakai lagi, sudah tidak muat dan sebagainya adalah satu budaya yang baik di mana konsep berkongsi dipupuk untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya pada sidang media selepas meninjau program 'MHB Free Market' di sini, semalam.

Wan Mashitah (kiri) pada sidang media di sini, hari ini.
Wan Mashitah (kiri) pada sidang media di sini, hari ini.

Aktiviti yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan 111 keluarga yang memerlukan di sekitar Pasir Gudang termasuk mangsa-mangsa pencemaran kimia Sungai Kim Kim.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB), Wan Mashitah Wan Abdullah Sani berkata, pelbagai barangan terpakai berjaya dikumpulkan dalam tempoh 14 hari.

"Ini semua hasil sumbangan 2,000 kakitangan MHB dan aktiviti ini merupakan inisiatif syarikat untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Penerima boleh memilih apa sahaja barangan yang dipamerkan secara percuma untuk dibawa pulang.
Penerima boleh memilih apa sahaja barangan yang dipamerkan secara percuma untuk dibawa pulang.

"Inisiatif ini juga memupuk kakitangan kami untuk menjalankan kerja-kerja amal dan Alhamdulillah sambutannya sangat baik," katanya.

Pelbagai barangan seperti pakaian dewasa dan kanak-kanak, pinggan mangkuk, permainan kanak-kanak, beg pakaian serta barangan bayi diberikan secara percuma kepada 111 keluarga yang memerlukan.