Lebur plumbum sejak tahun lalu

Loy Sian (kiri ) bersama Shafe'ee (tengah) melawat beberapa bahagian kilang dan diberi taklimat oleh pengurusan.
Loy Sian (kiri ) bersama Shafe'ee (tengah) melawat beberapa bahagian kilang dan diberi taklimat oleh pengurusan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan berhubung aktiviti peleburan plumbum oleh Kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, di sini.

Pengarah JAS Selangor, Shafe’ee Yasin berkata, sebarang aktiviti membabitkan peleburan plumbum perlu mempunyai laporan serta kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling.

Menurutnya, kilang berkenaan dikesan telah melakukan kerja-kerja peleburan plumbum sejak Januari tahun lalu.

“Kita dalam proses akhir menyiapkan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kita telah sita lokasi perleburan plumbum bagi kitar semula bateri lama di kilang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Plumbum ancam penduduk Jenjarom

Pakar beri amaran bahaya plumbum

NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana

“Kes disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan jika sabit kesalahan hukuman boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hey Loy Sian di kilang kontroversi berkenaan.

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian, semalam.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Selangor menegaskan tersebut bukan sahaja disita oleh Majlis Daerah Kuala Langat pada 15 Mac lalu, bahkan telah dibatalkan lesennya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Loy Sian, sepatutnya tiada sebarang aktiviti di kilang berkenaan selepas penyitaan susulan kilang ditutup sepenuhnya. Bagaimanapun menurutnya, kilang berkenaan masih dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dan membersihkan tangki rekahan plumbum.

“Aktiviti yang dibenarkan pada permulaan operasi kilang ini di kawasan ini (Industri Kecil dan Sederhana) pada Januari 2014 ialah mengisi asid ke dalam bateri, tak dibenarkan aktiviti peleburan plumbum dan kitar semula bateri.

“Ia (kilang) dah langgar syarat. Ada aktiviti peleburan plumbum. Kemungkinan penduduk buat aduan asid tinggi di luar kilang. JAS (Jabatan Alam Sekitar) Selangor kena siasat aduan pencemaran tanah dan sumber air bawah tanah ini,” katanya dalam lawatan kerjanya ke kilang berkenaan, semalam.

Loy Sian berkata, JAS dan agensi berkaitan akan menyiapkan laporan kajian serta penilaian pencemaran kilang berkenaan serta kawasan sekitarnya dalam tempoh dua minggu. Menurutnya, sama ada kilang berkenaan bakal meneruskan operasi kembali di lokasi berkenaan akan dipertimbangkan kembali selepas laporan penuh berkenaan.

“Kilang ini merupakan pelaburan dari luar negara iaitu 60 peratus Perancis dan 40 peratus tempatan. Peluang pekerjaan yang disediakan adalah sebanyak 700 pekerja di mana 50 peratus adalah pekerja asing dan 50 peratus lagi pekerja tempatan.

“Pelaburan ini bernilai RM120 juta, kalau kilang ini mengikut garis panduan aktiviti seperti sebelum ini iaitu hanya kerja-kerja mengisi asid bateri sahaja, seharusnya tidak ada masalah untuk diteruskan,” katanya.

Menurutnya, jika pihak kilang ingin meneruskan aktiviti peleburan plumbum, Pejabat Tanah dan Daerah akan meminta kilang berpindah ke kawasan industri berat.