Henti aktiviti atau kena tindakan undang-undang

Salehuddin (Kiri) meninjau pembinaan Empangan Sabo di loji rawatan air Sungai Bilut, hari ini.
Salehuddin (Kiri) meninjau pembinaan Empangan Sabo di loji rawatan air Sungai Bilut, hari ini.
A
A
A

RAUB - Penduduk dan pemilik tanah di hulu Sungai Bilut diminta menghentikan segala aktiviti yang menjadi punca gangguan bekalan air di daerah itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak berkata, tempoh sebulan diberikan kepada pasukan petugas khas untuk rundingan bersama penduduk terlibat.

Menurutnya,jika rundingan itu tidak berjaya, penduduk atau pemilik tanah yang gagal memberikan kerjasama boleh dikenakan tindakan undang-undang

"Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah Raub, Datuk Hamdan Hussin menubuhkan pasukan petugas untuk rundingan bersama penduduk supaya menghentikan aktiviti pertanian di dalam kawasan 20 meter dari tebing sungai.

"Jika rundingan gagal, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Enakmen Sumber Air Negeri Pahang yang memperuntukkan denda sehingga RM250,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau pembinaan Empangan Sabo di loji rawatan air Sungai Bilut, di sini hari ini.

Turut serta, ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin; Pegawai Daerah, Datuk Hamdan Hussin dan Pengurus Besar Perbadanan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Dahnial Daud.

Lawatan kerja itu susulan kekerapan gangguan bekalan air di daerah itu dan tahun ini sahaja loji terbabit telah ditutup sebanyak 15 kali.

Artikel Berkaitan:

Situasi itu berlaku kerana masalah kekeruhan air melebihi 1,000 NTU dan pernah mencatatkan hingga 11,000 NTU pada November tahun lalu.



RAUB-Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak memberitahu rundingan akan dilakukan bersama penduduk dan pemilik tanah di hulu Sungai Bilut itu supaya secara sukarela menghentikan segala aktiviti di dalam kawasan 20 meter kiri dan kanan tebing sungai terbabit. Menurutnya,kekeruhan air mentah yang berlaku di loji itu melebihi 1,000 NTU berbanding kadar ditetapkan tidak melebihi jumlah tersebut dan paling tinggi dicatatkan kira-kira 11,000 NTU pada November tahun lalu. "Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah Raub,Datuk Hamdan Hussin menubuhkan pasukan petugas untuk rundingan bersama mereka supaya menghentikan kerja-kerja pembersihan bagi tujuan pertanian dalam tempoh sebulan dan jika gagal,tindakan undang-undang boleh diambil. "Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan di bawah Enakmen Sumber Air Negeri Pahang 2007 yang memperuntukkan denda hingga RM250,000 atau penjara dua tahun,"katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke loji rawatan air Sungai Bilut,baru-baru ini. Laporan:MOJO Sinar Harian Temerloh, Rosilawati Rosedi

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Tuesday, April 23, 2019