Remaja hina Nabi ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, terdahulu suspek berusia 18 tahun dari Kampung Sungai Midin, Kuching itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak sekitar jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suspek direman selama empat hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: