Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie

Istiadat akad nikah Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dengan pasangan, Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung dengan selamatnya, malam ini.
Istiadat akad nikah Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dengan pasangan, Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung dengan selamatnya, malam ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Istiadat akad nikah Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dengan pasangan, Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung dengan selamatnya, malam ini.

Akad nikah yang diadakan di Istana Balai Besar disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kira-kira jam 8.30 malam sebentar tadi.

Terdahulu, Tengku Mahkota tiba di Istana Balai Besar di Kota Bharu, bersama pasangannya jam 8.20 malam dan diikuti ketibaan bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada jam 8.33 malam.

Kereta rasmi istana yang membawa Dr Tengku Muhammad Faiz memasuki Istana Balai Besar di Kota Bharu bagi istiadat akad nikah, sebentar tadi.
Kereta rasmi istana yang membawa Dr Tengku Muhammad Faiz memasuki Istana Balai Besar di Kota Bharu bagi istiadat akad nikah, sebentar tadi.

Sejurus akad nikah kedua-dua mempelai yang mengenakan baju sedondon putih menyempurnakan majlis makan beradab.

Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja.

Cik Puan Sofie, 33, ialah warga Sweden yang juga kenalan lama Tengku Muhammad Fai-z.

Sementara itu, rakyat Kelantan mendoakan pasangan Diraja berkenaan berkekalan serta dikurniakan anak soleh dan solehah.

Artikel Berkaitan: