Maritim rampas 20 bubu naga

Bubu naga yang dirampas anggota Maritim.
Bubu naga yang dirampas anggota Maritim.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebanyak 20 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menerusi operasi Op Pertiwi yang dilakukan di perairan Penaga, hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, serbuan dilakukan empat anggota yang sedang melakukan rutin rondaan di kawasan berkenaan sebelum mengesan sebuah bot nelayan tempatan berwarna putih kira-kira jam 8.15 pagi.

"Dua awak-awak didapati sedang menaikkan bubu naga ke atas bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran. Namun, melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek dan membuang bubu naga tersebut selepas menyedari kehadiran anggota Maritim.

"Kesemua bubu naga tersebut dirampas kerana penggunaannya untuk penangkapan ikan diharamkan serta menyalahi peraturan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hamizan berkata, Maritim Malaysia memandang serius kesalahan itu kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan pantai.

"Saya ingin menasihatkan nelayan tempatan supaya mematuhi peraturan ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. Orang awam juga diminta melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Artikel Berkaitan: