Nahas bas: APAD gantung lesen pengendali syarikat bas

Kejadian kemalangan di Jalan KLIA yang mengorbankan 12 nyawa pada 7 April lalu.
Kejadian kemalangan di Jalan KLIA yang mengorbankan 12 nyawa pada 7 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengambil tindakan menggantung lesen pengendali dan semua lesen kenderaan milik sebuah syarikat yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan KLIA, 7 April lalu.

Menerusi satu kenyataan, APAD memaklumkan bahawa satu Audit Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada 9 April lalu susulan daripada kejadian tersebut.

"Hasil siasatan mendapati syarikat terlibat gagal mematuhi keperluan ICOP - Keselamatan dan melanggar syarat ditetapkan di bawah Seksyen 22 dan Seksyen 41, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Oleh itu, APAD menggantung lesen pengendali dan semua lesen kenderaan syarikat berkenaan selama tujuh hari bermula hari ini dan sehingga mereka dapat mematuhi keperluan ICOP - Keselamatan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kenyataan tersebut berkata APAD tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan mana-mana pengendali yang gagal mematuhi perkara ini boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang boleh membawa kepada pembatalan lesen serta permit pengendali.

"Semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mematuhi standard tertinggi dalam pengurusan kenderaan mereka seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan keselamatan penumpang adalah paling utama," katanya.

Dalam kejadian tersebut, seorang pemandu bas dan 12 pekerja warga asing maut apabila bas yang membawa 44 orang termasuk pemandu terjunam ke dalam longkang besar sedalam 4 meter berhampiran Kompleks MASkargo.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

11 maut bas terjunam longkang

Nahas bas: Jumlah meninggal dunia meningkat 12 orang

Nahas bas: Situasi terkini di hospital terkawal

Tiada kesan brek di lokasi kejadian: Polis

Bas pekerja kemalangan dikata sedang berlumba, kata polis