Maritim Batu Pahat patah cubaan seludup rokok

Bot dan rokok seludup yang berjaya dirampas Maritim Batu Pahat.
Bot dan rokok seludup yang berjaya dirampas Maritim Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok ke dalam negara melalui jalan laut kira-kira jam 11.45 malam, semalam.

Pengarah Zon APMM Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, cubaan menyeludup rokok tersebut berjaya dipatahkan oleh sebuah bot peronda maritim di muara Pontian Kecil, di sini.

"Bot APMM yang sedang melakukan rondaan rutin mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan muara Pontian Kecil dan semasa cuba dihampiri, bot tersebut memecut laju ke arah pantai dan setibanya di pesisiran pantai, dua suspek telah terjun meninggalkan bot berkenaan.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot tersebut berjaya menemui sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup masuk ke dalam negara dan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah hingga RM70,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan bot berserta barang yang dirampas telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon APMM Batu Pahat bagi siasatan lanjut.

Katanya, APMM menyeru orang ramai dan komuniti maritim khususnya menyalurkan sebarang maklumat atau aduan jenayah di laut kepada pihaknya.

Artikel Berkaitan: