GPLK anjur program dikir barat bulanan

Persembahan dikir barat anjuran GPLK pada bulan Februari lalu di Karangkraf.
Persembahan dikir barat anjuran GPLK pada bulan Februari lalu di Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Peminat dikir barat pastinya teruja mengikuti program Dikir Barat Bulanan Gabungan Pendikir Lembah Klang (GPLK) yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), pada jam 9 malam esok.

Presiden GPLK, Asrulfaizal Kamaruzaman berkata, pada penganjuran kali ini, sebanyak dua kumpulan akan mengadakan persembahan dikir barat yang akan turut disertai oleh ahli gabungan tersebut.

Asrulfaizal berkata, program tersebut bertujuan memartabatkan seni warisan dikir barat di samping menjadi platform untuk mengeratkan tali silaturahim antara ahli GPLK.

"Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya anak muda untuk bersama-sama terlibat dalam mengangkat budaya warisan ini,"katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, orang ramai dijemput hadir mengikuti program ini dan masuk adalah percuma.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan urusetia di talian 012-9212688 (Bro Yie).

Artikel Berkaitan: