RON97 naik 12 sen seliter, RON95 kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen seliter menjadikan harga terkini bahan bakar itu RM2.80 seliter berbanding RM2.68 seliter bermula tengah malam ini sehingga 26 April depan.

Sementara harga RON95 kekal dan tidak berubah pada paras RM2.08 sen seliter sama dengan harga diesel yang kekal pada paras RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan media berkata, penetapan itu dilakukan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Tambahnya, kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan sehingga melebihi paras AS$D80 setong.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 20 April 2019 sehingga 26 April 2019 sepatutnya naik 12 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.50 seliter dan naik 7 sen seliter daripada RM2.39 seliter kepada RM2.46 seliter masing-masing berikutan kenaikan harga purata minyak Dated Brent kepada USD70.98 setong bagi tempoh 11 ke 17 April 2019

"Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya

Artikel Berkaitan: