Kalau diam nampak macam marah: Nazia Mustafar

Pelakon, Nazia Mustafar
A
A

PELAKON, Nazia Mustafar meluahkan rasa keterujaannya apabila dapat melakonkan watak sebagai anggota polis.

Menurut Nazia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 43, sepanjang bergelar pelakon, menerusi telefilem Di Penghujung Fatamorgana, terbitan Megapine Sdn. Bhd., ini merupakan kali pertama dia membawakan watak sebagai anggota polis.

Menariknya, Nazia turut berlakon sebagai wartawan hiburan.

"Dalam telefilem ini, saya memegang dua watak. Satu sebagai Inspektor Ramona manakala watak kedua sebagai wartawan hiburan, Syikin," ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran di pejabat Sinar Harian, Shah Alam, Selangor.

Ditanya persamaan watak polis dengan personaliti aktres yang sinonim dengan watak komedi itu, Nazia mengakui mempunyai satu persamaan.

"Sebenarnya ada satu, sebab muka saya memang nampak tegas. Kalau diam pun akan nampak macam marah.

"Begitu juga dengan watak Inspektor, kena tegas dan disiplin. Oleh itu, wajah saya memang sudah sesuai sebagai polis.

"Cuma saya akan tambah baik dari segi dialog-dialog berfakta. Sebab saya pun sudah biasa melakonkan watak kecoh-kecoh dan mak-mak.

"Untuk rujukan saya tengok rancangan yang menampilkan kisah polis seperti Gerak Khas," katanya kepada Sinar Harian.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia