Seksi itu subjektif: Andi Bernadee

Andi Bernadee
A
A

PENYANYI, Andi Bernadee memberitahu video muzik memaparkan dirinya dalam tab mandi tanpa berbaju itu tidak menimbulkan sebarang isu.

Andi Bernadee atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile, 28, berkata, keseluruhan jalan cerita itu adalah idea asalnya dan direalisasikan oleh MTAS Production arahan Azfar Hamidi.

Andi mengulas fasal MV yang meraih lebih jutaan tontonan selepas empat hari dilancarkan di YouTube bukan kerana penampilannya tidak berbaju.

Andi Bernadee
Andi Bernadee

"Saya rasa tidak, sebenarnya kalau komen fasal bab itu pun saya tak ada terima. Apatah lagi komen-komen ke arah perkara tersebut.

"Saya tak buka aurat sangat pun masa itu. Takkanlah nak ghairah? Sasa pun tidak badan saya ini. Seksi itu subjektif," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran single dan video muzik rasmi Donde di TGV, One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Donde merupakan ciptaan komposer dan penerbit rakaman, Alif Sleeq.

Terdahulu Andi pernah mengeluarkan tiga lagu iaitu, Tiada Lagi Maaf, diikuti single kedua berjudul, Semalam Sahur Di Mana. Kemudian lagu ketiga berjudul, Satu Peluang.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia