Zionis roboh rumah keluarga suspek yang didakwa bunuh wanita Yahudi

Tentera Yahudi merobohkan apartmen didiami keluarga Arafat Irfaiya di Hebron, awal hari ini.
Tentera Yahudi merobohkan apartmen didiami keluarga Arafat Irfaiya di Hebron, awal hari ini.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tentera Israel hari ini membalas dendam atas kematian seorang wanita Yahudi pada Februari lalu, dengan merobohkan dua buah apartmen didiami keluarga suspek yang didakwa melakukan pembunuhan tersebut.

Tentera Israel mengepung blok apartmen didiami keluarga Arafat Irfaiya di selatan bandar Hebron yang diduduki, sejak lewat petang semalam.

Kerja perobohan dijalankan awal pagi hari ini menggunakan jentera berat.

Pertempuran kecil berlaku antara penduduk Palestin dan tentera Israel semasa kerja-kerja perobohan dijalankan, lapor wartawan AFP.

Irfaiya, 29, didakwa membunuh Ori Ansbacher, 19, dengan menikam tubuh mangsa beberapa kali.

Mayat gadis berkenaan ditemui pada 7 Februari lalu di kawasan hutan di tenggara Baitulmaqdis.

Pemuda Palestin itu ditahan dua hari kemudian dalam serbuan di Ramallah.

Pihak berkuasa Israel berkata serangan ada kaitan dengan konflik Israel-Palestin.

Artikel Berkaitan:

Rejim Zionis sebelum ini menegaskan, operasi merobohkan rumah penduduk Palestin yang didakwa melakukan serangan maut terhadap warga Israel adalah sebahagian daripada tindakan pencegahan.

Namun, kumpulan hak asasi menganggap polisi berkenaan adalah satu bentuk hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin yang tidak berdaya mempertahankan diri. - AFP