Dua lelaki dikhuatiri lemas di Tongod

No Image Caption
A
A
A


TONGOD - Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Sungai Tagas-Tagas pada Khamis.

Dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Darus dan Chong Yong Fit dikatakan dalam perjalanan dari Sabah Palm Tongod ke Pekan Beluran untuk ke hospital pada jam 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 9.30 pagi.

"Mangsa dikatakan menaiki bot berkenaan untuk mendapatkan rawatan di hospital namun dimaklumkan hanya tong minyak dan beg mereka ditemui terapung di lokasi kejadian.



"Pasukan bomba kemudian bergerak ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan operasi dilakukan menerusi kaedah pencarian atas permukaan air dengan menggunakan bot," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, setakat ini mangsa belum ditemui dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.