13 mati bumbung gereja runtuh di Afrika Selatan

Bumbung sebuah gereja di timur Durban runtuh menyebabkan 13 orang terbunuh.
Bumbung sebuah gereja di timur Durban runtuh menyebabkan 13 orang terbunuh.
A
A
A

JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan 16 yang lain cedera dalam kejadian bumbung sebuah gereja runtuh di timur bandar Durban.

Insiden berlaku lewat petang semalam di bandar Dlangubo ketika upacara keagamaan.

Difahamkan, bumbung berkenaan runtuh disebabkan hujan lebat.

"Bumbung bangunan runtuh disebabkan hujan lebat malam tadi...buat masa ini jumlah kematian adalah 13 orang," kata jurucakap jabatan hal ehwal tradisional wilayah, Lennox Mabaso. - AFP

Artikel Berkaitan: