Dua lelaki didakwa menipu jual syiling emas

jk
jk
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Dua lelaki Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan penjualan syiling emas berjumlah RM60,000, Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohamad Shahin, 31, dan Mohamad Mahmun, 23, tidak membuat sebarang pengakuan berikutan tidak memahami bahasa Melayu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim G Ramesh.

Kedua-dua tertuduh didakwa memperdaya dengan menjual kepingan syiling emas hingga mendorong dua mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM60,000 di Seremban Jaya, Senawang pada 13 dan 25 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Ramesh kemudian menetapkan 30 April ini untuk lantikan jurubahasa kes itu.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohamad Azri itu, manakala tertuduh diwakili peguam, Safwan Saleh.

Artikel Berkaitan: