Jumbo jet 747 terakhir dari Boeing

Ribuan pekerja Boeing termasuk mereka yang digelar 'Incredibles' kerana membangunkan pesawat itu pada 1960-an menyaksikan detik bersejarah pesawat ke-1,574 dan terakhir yang pernah dibina. - Agensi
Ribuan pekerja Boeing termasuk mereka yang digelar 'Incredibles' kerana membangunkan pesawat itu pada 1960-an menyaksikan detik bersejarah pesawat ke-1,574 dan terakhir yang pernah dibina. - Agensi
A
A
A

EVERETT - Boeing menghantar pesawat ikonik 747 yang terakhir kepada Atlas Air di Washington pada Selasa lalu sekali gus menandakan berakhirnya era 'jet jumbo' itu di udara.

Beribu-ribu pekerja Boeing termasuk sebilangan veteran digelar "Incredibles" yang membangunkan pesawat jet tersebut pada 1960-an menyaksikan penghantaran terakhir jet penuh bersejarah itu, yang menerajui perjalanan udara bagi penumpang di pelbagai pelosok dunia dan melambangkan pencapaian Amerika Syarikat (AS) sebagai peneraju dalam pembinaan pesawat.

Acara gilang-gemilang di kilang Boeing tersebut turut menampilkan selebriti John Travolta yang mengimbau kembali pengalamannya mempelajari bagaimana untuk menerbangkan pesawat 747-400 sebagai duta Qantas Airlines.

"(Ia adalah) program paling berat yang perlu dilalui mana-mana juruterbang komersial," kata Travolta yang menyifatkan jet itu sebagai pesawat yang "paling teliti dirancang dan pesawat paling selamat pernah dibina."

Digelar sebagai "Queen of the Skies" atau "Ratu Langit", Boeing 747 adalah pesawat jet dua lorong yang pertama di dunia, dibangunkan dan dibina oleh Boeing dalam tempoh 28 bulan.

Ia direka dan dibina selama 28 bulan dengan Pan Am menjadi syarikat pengendali pertama pada 1970.

Kemudahan Boeing di Everett, Washington merupakan tapak pengilangan Boeing 747 sejak ia diperkenalkan dan kilang itu dibina pada 1967 untuk menghasilkan pesawat gergasi itu serta kekal sebagai kilang terbesar di dunia, menurut Boeing.

Namun selepas 50 tahun, permintaan pelanggan bagi jet jumbo itu kian berkurangan ketika Boeing dan Airbus membangunkan pesawat-pesawat lebar yang dipacu oleh dua enjin yang lebih menjimatkan minyak.

Apabila Boeing mengesahkan pada Julai 2020 bahawa ia akan menamatkan pengeluaran pesawat 747, ia hanya menghasilkan jet itu pada kadar separuh pada setiap bulan.

Boeing menghantar lima pesawat 747 pada 2022, manakala pada 1990 iaitu tahun kemuncaknya apabila syarikat itu mengeluarkan jenis 747-400 yang paling laris dijual, Boeing menghantar 70 buah jet 747.

Boeing menyatakan kesemua pekerja program 747 akan dipindahkan ke jawatan-jawatan lain atau sudah bersara dengan sukarela.

Pesawat 747 yang terakhir siap dibina pada 7 Disember lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,574 jet tersebut dikeluarkan oleh Boeing dan menamatkan Pengeluaran Selama 54 Tahun. - Agensi