Kelindan lori antara lima ditahan positif dadah

Mohd Izzarie (tengah) menjalankan pemeriksaan susulan terhadap lima kelindan dan pemandu kenderaan berat dikenal pasti positif dadah dalam operasi bersepadu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, malam tadi.
Mohd Izzarie (tengah) menjalankan pemeriksaan susulan terhadap lima kelindan dan pemandu kenderaan berat dikenal pasti positif dadah dalam operasi bersepadu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, malam tadi.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang kelindan lori antara lima ditahan selepas disahkan positif dadah jenis methamphetamine dalam satu operasi bersepadu diadakan di Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Gunung Semanggol, di sini malam tadi.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut ke atas lori dipandu kelindan berusia 20-an itu turut menemui peralatan menghisap dadah dibuat sendiri menggunakan botol minyak wangi di bawah tempat duduk penumpang.

Suspek yang ditahan bersama rakannya merupakan pemandu lori berusia 30-an, dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghantar barang plastik sebuah pasar raya.

Selain itu, tiga suspek masing-masing pemandu dan kelindan turut ditahan positif dadah jenis syabu dan kanabis.

Kesemua mereka ditahan berusia antara 21 hingga 34 tahun diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kerian untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983 Pindaan 1998.

Sementara itu, Ketua Operasi Ops Halangan,Inspektor Operasi Lebuhraya, EMPV Zon Utara 3, Inspektor Mohd Izzarie Shafie berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu disertai 59 anggota termasuk 10 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), AADK, Puspakom dan PLUS.

Pegawai AADK Kerian menunjukkan peralatan menghisap dadah atau 'dapur' dirampas daripada seorang kelindan lori yang ditahan dalam operasi bersepadu Ops Halangan di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, malam tadi.
Pegawai AADK Kerian menunjukkan peralatan menghisap dadah atau 'dapur' dirampas daripada seorang kelindan lori yang ditahan dalam operasi bersepadu Ops Halangan di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, malam tadi.

Menurutnya, sebanyak 26 saman dikeluarkan polis, 14 saman dikeluarkan JPJ, lapan lori ditimbang berat dan empat notis arah periksa semula turut dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Daripada pemeriksaan AADK, seramai lima lelaki masing-masing pemandu dan kelindan lori ditahan kerana positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

"Paling penting, objektif Ops Halangan adalah membendung kenderaan berat daripada membiarkan kayu penyendal digunakan untuk mengimbangi beban kenderaan itu tidak diikat rapi dan akhirnya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain," katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Izzarie berkata, sebanyak 80 batang kayu dikenal pasti mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya dikeluarkan dan dirampas daripada 50 lori ditahan dan diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lima saman dikeluarkan polis terhadap pemandu lori di atas kesalahan ikatan tidak kemas dan membawa muatan secara berbahaya.

"Sepanjang tahun ini, lima kematian direkodkan sepanjang laluan lebuhraya dari Seberang Perai Selatan ke Tol Jelapang akibat kemalangan disebabkan melanggar objek halangan seperti kayu bertaburan di atas jalan.

"Ops sebegini akan diteruskan bagi memastikan pemandu-pemandu kenderaan berat ini mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain mengurangkan kadar kematian di lebuhraya akibat kecuaian mereka," katanya.